Pada ketika ini, terdapat kira-kira 163 sekolah antarabangsa di Malaysia. Sekolah sekolah ini menawarkan lebih pilihan kepada para ibu bapa selain daripada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
Namun begitu institusi-institusi pendidikan premium ini bukannya murah.
Perubahan dasar oleh kerajaan Malaysia yang memansuh hak kuota pendaftaran sekolah antarabangsa pada 2012, membuatkan pertumbuhan sekolah ini di Malaysia ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Mahal atau murah itu terpulang kepada poket masing masing. Yang pasti sekolah sebegini menawarkan guru dan persekitaran yang terbaik kepada para pelajarnya.
Berikut adalah senarai beberapa sekolah antarabangsa yang paling mahal di Malaysia pada ketika ini.
1. Marlborough College Malaysia
Marlborough College Malaysia yang terletak di Iskandar Puteri di Johor, menawarkan kurikulum British dengan akreditasi IB.
Ini bermakna anak-anak anda mendapat sukatan pelajaran pendidikan terbaik.
Kebanyakan tenaga pendidik adalah dari Britain yang sangat berkelayakan dalam bidang mereka.
Marlborough College yang asal di UK ditubuhkan pada 1843. Anggaran yuran tahunan adalah sekitar RM84,000 – RM194,000
2. Shattuck St Mary’s School (SSMS)
Sekolah Shattuck St Mary / Shattuck St Mary’s School (SSMS) terletak di Forest City, Johor.
Sekolah ini mempunyai kampus yang luas yang dilengkapi dengan kolam renang bersaiz Olimpik, gimnasium, serta padang bola sepak.
Sekolah ini mengikuti kurikulum pendidikan Amerika. Pendidik-pendidik di sekolah ini adalah dari Kanada, Filipina, UK, Australia, Jerman, Singapura dan Malaysia.
Dengan pengalaman menjalankan salah sebuah sekolah berasrama terbaik di AS, SSMS menubuhkan sebuah kampus yang sangat kondusif di Malaysia pada tahun 2018.
Anggaran yuran tahunannya pula adalah dari RM76,500 – RM166,500.
3. Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur
Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur ini terletak di Ampang Hilir.
Kuala Lumpur International School of Kuala Lumpur (ISKL) mengikuti kurikulum Amerika bersama IB, dan mengimbangi akademik dengan perkembangan sosial, emosi dan akhlak moral.
Institut ini menawarkan program yang luar biasa dan kemudahan bertaraf dunia. Ini ditambah dengan persekitaran pembelajaran yang paling maju dari segi akademik, seni dan sukan.
Di samping itu, aktiviti kokurikulum mereka termasuk lawatan serta menyertai kejohanan di luar negara.
Dua aktiviti penting yang ditawarkan ialah Program Tindakan Global (GAP) dan minggu Malaysia.
Program-program ini bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti sosial dan kerja-kerja khidmat masyarakat untuk menyedarkan mereka tentang isu-isu global yang pelbagai.
Anggaran yuran tahunannya pula adalah dari RM92,905 – RM115,285.
4. Sekolah Antarabangsa Mont ‘Kiara (M’KIS)
Sekolah Antarabangsa Mont’ Kiara (M’KIS) terletak di Kuala Lumpur.
Sekolah ini menawarkan kurikulum Amerika Utara dan diiktiraf sepenuhnya oleh Persatuan Sekolah-sekolah dan Kolej Barat, dan Organisasi Baccalaureate Antarabangsa (IBO).
Untuk menjadi guru IB, ia memerlukan seseorang pengajar yang menjalani latihan yang sangat luas.
Sekolah ini mempunyai guru-guru dari pelbagai negara. Dan ia mulai beroperasi sejak tahun 1994.
Ketika ini, para pelajar mereka terdiri daripada mereka yang berasal daripada 55 negara berbeza.
Sekolah ini juga mempunyai nisbah pelajar-guru yang rendah, bagi memastikan pelajar mereka mendapat jagaan dan bimbingan yang terbaik. Anggaran yuran tahunan sekolah ini adalah dari RM88,580 – RM110,828.
5. Sekolah Antarabangsa British Kuala Lumpur (BSKL)
Seterusnya adalah, Sekolah Antarabangsa British Kuala Lumpur (BSKL) yang terletak di Selangor – yang mengamalkan Kurikulum Nasional England.
Sekolah ini adalah sebahagian daripada keluarga Pendidikan Nord Anglia – salah satu organisasi pendidikan premium terkemuka di dunia.
Selain itu, sekolah ini juga merupakan sekolah paling banyak kewarganegaraan dari seluruh dunia, yang belajar di bawah satu bumbung – dengan 63 negara.
Ratio murid per guru adalah 9:1 dengan purata murid dalam satu kelas adalah 22 orang. Yuran tahunan sekolah ini adalah dari RM55,170 – RM99,970.