Anda sudah bersedia untuk bergaya dengan stail retro?

Selepas banyak halangan, akhirnya Motorola Razr, telefon boleh lipat mereka, akan dijual di pasaran.

Ianya rasmi menerima pra tempahan pada 26 Januari ini, ataupun pada hari Ahad. Sementara untuk jualan di kedai, ianya akan bermula 6 Februari 2020.

Dan selepas ini, anda akan sedia untuk mendengar reviu dan nyahkotak telefon pintar yang diinspirasikan daripada Motorola Razr klasik – telefon boleh lipat.

Rekaannya adalah lipatan secara vertikal berbanding dengan Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X.

Spekulasi menyatakan bahawa sebelum ini, bahawa Motorola terpaksa melambatkan pelancarannya kerana masalah pada skrin.

Namun Motorola menafikan perkara itu kerana menurut mereka, kelambatan itu berlaku kerana mereka menerima tempahan terlalu banyak.

Malah Motorola memberikan jaminan bahawa telefon pintar mereka tiada masalah untuk pengguna melipatnya dengan bebas. Berbeza dengan Samsung Galaxy Fold yang sudah diberikan banyak peringatan kepada penggunannya.

Jadi, kepada anda yang mahu memiliki Motorola Razr, bolehlah menempah ataupun menunggu jualan di kedai terpilih.

Untuk spesifikasi, berikut adalah butirannya:

Snapdragon 710 processor
6GB RAM
128GB internal storage
6.2-inch foldable pOLED display (2142 x 876)
2.7-inch Quick View display (800 x 600)
16MP front-facing camera, f/1.7 with Night Vision mode
5MP internal camera
USB-C
eSIM
Android 9 Pie
Fingerprint reader
Bateri 2,510 mAh