Apa bisnes yang kalis kegawatan ekonomi? Maksudnya walaupun kegawatan ekonomi melanda, bisnesnya terus berjalan seperti biasa – malah semakin maju lagi.
Situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang menyebabkan hampir seluruh ekonomi dunia terkesan dan ramai individu yang hilang pekerjaan serta tidak mempunyai pendapatan bagi mereka yang berniaga sendiri.
Ada beberapa perkara yang kita perlu bersedia seperti lambakan rumah tidak terjual, lelongan rumah yang meningkat dan pinjaman tak berbayar juga akan meningkat. Situasi ini berlaku kerana masyarakat tidak menjalankan urusan jual beli dan berjumpa klien seperti biasa.
Namun begitu, situasi ini bukanlah satu mimpi buruk bagi rakyat Malaysia kerana bagi usahawan dan jutawan yang bijak mengambil peluang, mereka boleh menjalankan perniagaan dalam servis penting yang dicari oleh orang ramai, dalam keadaan seperti sekarang.
Ini bukan bisnes scammer ya.
Berikut merupakan 6 bisnes yang kalis kegawatan ekonomi.
1. Kesihatan
Dalam keadaan apa sekali pun, rasanya anda juga tahu bahawa bisnes kesihatan memang sangat diperlukan di seluruh dunia. Bukan hanya yang bekerja di klinik dan hospital sahaja, tetapi mereka yang menjadi pembekal barangan kesihatan dan ubat-ubatan juga terlibat dalam bisnes ini.
2. Makanan dan minuman
Walaupun dalam keadaan ekonomi gawat, orang akan sentiasa mencari makanan dan minuman untuk kelangsungan hidup. Tidak lagi lepak di kafe-kafe luar, mereka lebih memilih untuk membeli secara online.
Maka tidak hairanlah sekiranya Grab Food, Food Panda dan sebagainya mendapat permintaan tinggi di waktu-waktu seperti ini.
Makanan sejuk beku dan pes makanan juga mendapat demand dikalangan masyarakat yang lebih gemar untuk memasak sendiri.
3. Logistik
Perkhidmatan kurier dan logistik juga dilihat mendapat semakin meningkat naik sepanjang tempoh PKP ini. Ramai yang memilih untuk membeli barangan secara online, secara tidak langsung bisnes logistik seperti BungkusIT menjadi sibuk.
4. DIY
Bisnes Do-It-Yourself (DIY) turut mendapat permintaan tinggi ketika kegawatan ekonomi. Daripada membeli sesuatu yang baru di mana ianya melibatkan kos yang tinggi, maka ramai memilih untuk membaikinya terlebih dahulu. Boleh tengok bermacam-macam video di YouTube sekiranya memerlukan bantuan.
Selain daripada itu, ada juga yang mempunyai inisiatif untuk menanam sendiri pokok keperluan tanpa perlu lagi membeli di kedai. Ada yang tanam pokok cili, pokok kari, pokok pandan, pokok limau dan sebagainya. Tanaman secara hidroponik juga boleh diusahakan jika mempunyai tanah lapang.
5. Pakaian
Dalam situasi ekonomi yang sedang gawat, ramai diantara kita yang memilih untuk membeli pakaian murah dari bundle dan di kedai-kedai tanpa jenama yang jauh lebih murah. Pada waktu ini, tidak ramai yang ingin membeli pakaian berjenama.
6. Perkhidmatan & membaikpulih
Industri perkhidmatan atau khidmat membaikpulih seperti servis menjahit pakaian dan langsir, membaikpulih barangan elekrtrik, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya juga mungkin akan menerima permintaan yang tinggi kerana orang ramai tidak akan membeli barangan yang baru.