Twitter sedang menguji fungsi Tip Jar yang membolehkan pengikut di Twitter menyokong penulisan dan suara yang dikagumi dan wajar diberikan sedikit penghargaan. Sebagai permulaan dan percubaan, terdapat sebilangan kecil pembuat kandungan, wartawan dan badan bukan berorentasikan keuntungan dijemput untuk menggunakan Tip Jar ini.

Twitter akan menambah ikon kecil di profil Twitter pembuat kandungan ini yang akan diintegrasikan dengan perkhidmatan PayPal, Venmo, ataupun Cash App. Ini adalah cara untuk memberi sedikit penghargaan kepada mereka di samping menyokong kandungan tersebut.

Kepada pembuat kandungan pula, ini juga boleh menjadi satu langkah untuk menjana pendapatan sampingan bagi menampung kos penerbitan dan penyelidikan sesuatu kandungan yang bermanfaat. Venmo dan Cash App sangat dikenali di Amerika Syarikat manakala PayPal digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Sumber: