Sony mengumumkan awal pagi hari ini bahawa acara pertunjukan rasmi PlayStation 5 (PS5) akan berlangsung pada 12 Jun, jam 4 pagi waktu Malaysia.

Perasmian PlayStation 5 yang sepatutnya berlangsung pada 4 Jun lepas ditangguhkan susulan insiden kematian George Floyd dan protes menentang rasisme serta keganasan polis Amerika Syarikat yang merebak ke seluruh dunia.

Dalam acara pelancaran tersebut, Sony turut merancang untuk menunjukkan permainan-permainan yang boleh dimainkan di PS5, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sony Jim Ryan.

Perasmian tersebut akan dilakukan melalui rakaman untuk membolehkan staf Sony bekerja dari rumah. Menurut Sony lagi, demo permainan PlayStation 5 yang bakal ditunjukkan oleh Sony semasa pelancaran nanti paling sesuai dimainkan di televisyen 4K.

Sony juga menggalakkan peminat untuk memakai headphone untuk mendengar keistimewaan ciri ‘3D audio’ yang bakal ditampilkan dalam PlayStation 5.

Setakat ini Sony masih belum mengeluarkan rekaan bentuk PS5 baru. Malah ada juga khabar angin mengatakan PS5 tidak akan menunjukkan reka bentuk baru PS5 berdasarkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

“Selepas acara pertunjukan rasmi pada 11 Jun nanti, kami akan dedahkan banyak lagi rahsia PS5,” kata Ryan. Ini bermakna kemungkinan akan ada banyak lagi soalan mengenai PS5 yang belum terjawab selepas acara pada 11 Jun ini nanti.

Setakat ini, Sony hanya berkongsi spesifikasi PS5. Ia adalah seperti berikut:

  • custom eight-core AMD Zen 2 CPU
  • custom AMD RDNA 2-based GPU
  • 16GB GDDR6 RAM
  • 825GB storan SSD dengan kepantasan pemprosesan data selaju 5.5GB/s
  • DualSense controller yang dilengkapi haptic feedback, adaptive triggers, mikrofon dan port USB-C

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber: