Kumpulan K-Pop kegilaan ramai, BTS terus mempengaruhi dunia hiburan tanpa sempadan apabila persembahan single terbaharu berjudul ‘Black Swan’ telah menggamit lebih 10 juta tontonan di YouTube dalam tempoh kurang 24 jam.

Lebih menarik untuk diperkatakan adalah ahli kumpulan tersebut yang terdiri daripada Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook membawakan lagu itu dalam satu program televisyen terkenal di Amerika Syarikat, The Late Late Show with James Corden.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang dimuat naik oleh saluran The Late Late Show with James Corden itu sudah mencatatkan sebanyak 10,538,252 tontonan umum sekaligus menjadi trending nombor satu di YouTube.

Ternyata aura yang dimiliki kumpulan ini begitu luar biasa dan menjadi fenomena, tidak hairanlah peminat mereka di Malaysia juga tidak kurang hebatnya.

https://www.youtube.com/watch?v=wSNd02kVv8o&feature=youtu.be

Difahamkan Black Swan merupakan salah satu single daripada album ketujuh mereka, ‘Map of the Soul: 7’ yang akan dilancarkan pada 21 Februari nanti.

Bagi anda yang mengikuti rapat perkembangan BTS, sudah pastinya lagu-lagu seperti Boy with Luv feat Halsey, Fake Love, Mic Drop feat Steve Aoki, Fake Love dan Spring Day akan sentiasa terngiang-ngiang di telinga.

Pada Ahad lalu, BTS melakar sejarah apabila menjadi kumpulan dari Korea Selatan pertama membuat persembahan di Anugerah Grammy selepas bergandingan bersama rapper, Lil Nas X.

Kredit foto: BTS Official