COVID-19: Rakyat Indonesia Langgar Arahan Akan Dihukum Basuh Tandas

Rakyat Indonesia yang melanggar peraturan penjarakan sosial di ibu kota itu, berdepan dengan hukuman membasuh tandas. Membasuh tandas menjadi antara senarai hukuman dalam peraturan baharu yang bertujuan memerangi jangkitan COVID-19 di kota raya berkenaan. Keluar dari rumah tanpa memakai pelitup muka pula boleh didenda sebanyak 250,000 rupiah (RM73), manakala penduduk yang berhimpun di khalayak ramai boleh dihukum membersihkan kemudahan awam termasuk tandas sambil memakai ves tertera label 'pelanggar peraturan.' Syarikat yang tidak mengendahkan arahan penutupan atau melanggar peraturan kesihatan awam pula boleh didenda sehingga 50 juta rupiah (RM14,500) berdasarkan peraturan baharu. Jakarta yang memiliki kira-kira 30 juta penduduk itu, mengenakan perintah berkurung tidak sepenuhnya, bulan lalu apabila jangkitan COVID-19 meningkat dengan mendadak. Beberapa bandar di Indonesia turut mengenakan sekatan hampir sama tetapi pelanggaran peraturan berlaku dengan berleluasa. Kematian akibat COVID-19 di Indonesia hari ini melonjak kepada 1,007 kes dengan hampir 14,749 kes positif. Namun, jumlah itu dipercayai lebih tinggi berbanding angka rasmi.

Rakyat Indonesia yang tidak mematuhi arahan penjarakan sosial di Jakarta akan berdepan dengan hukuman basuh tandas di negara itu.

Membasuh tandas diletakkan dalam senarai hukuman bagi peraturan baharu yang digariskan dalam memerangi penularan jangkitan COVID-19 di wilayah berkenaan.

Pesalah yang keluar dari rumah tanpa memakai topeng muka pula boleh didenda sebanyak 250,000 rupiah (RM73), manakala penduduk yang berkumpul di khalayak ramai bakal berdepan hukuman membersihkan kemudahan awam termasuk tandas sambil memakai ves tertera label ‘pelanggar peraturan’.

Bagi syarikat yang mengabaikan arahan atau melanggar peraturan kesihatan awam pula boleh dikenakan denda sehingga 50 juta rupiah (RM14,500) berdasarkan peraturan baharu berkenaan.

Jakarta yang juga ibu negeri bagi Indonesia telah mengenakan perintah berkurung tidak sepenuhnya apabila penularan wabak COVID-19 meningkat dengan mendadak bulan lalu.

Beberapa bandar lain di Indonesia turut mengenakan perintah sekatan yang hampir sama tetapi pelanggaran peraturan berlaku dengan berleluasa.

Angka kematian akibat pandemik COVID-19 di Indonesia sudah mencapai 1,007 kes dengan hampir 14,750 kes positif dilaporkan.

Baca juga artikel lain berkenaan COVID-19 di Indonesia:

Sumber:

Bacaan Seterusnya