Selepas setahun pawagam ditutup, kerajaan akhirnya membenarkannya kembali beroperasi. Pembukaan semula ini hanya untuk pelanggan yang sudah lengkap status vaksinasi mereka. Ia juga tertakluk kepada had maksimum 50 peratus daripada tempat duduk di pawagam.
Pembukaan ini tertakluk di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif. Keputusan tersebut disambut baik oleh dua operator pawagam terbesar iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas. Kebenaran operasi ini telah berkuatkuasa mulai 9 September lalu.
Namun begitu, sehingga hari ini belum ada pawagam yang telah beroperasi. GSC dan TGV dilapor memerlukan masa untuk menyusun SOP bagi memudahkan urusan pelanggan. Mulai Khamis ini, sebanyak 17 pawagam GSC akan mula dibuka semula. TGV Cinemas pula masih belum membuat sebarang pengumuman tentang status operasi pawagam mereka.
Senarai Lokasi Pawagam GSC Yang Akan Dibuka Semula
Berikut merupakan senarai lokasi pawagam GSC yang akan dibuka semula mengikut susunan zon.
Lembah Klang:
- GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
- Aurum Theatre, The Gardens Mall, Kuala Lumpur
- GSC 1 Utama, Petaling Jaya
- GSC MyTown, Cheras
- GSC NU Sentral, Kuala Lumpur
- GSC IOI Puchong
- GSC Setia City Mall, Setia Alam
- GSC Melawati Mall
- GSC Alamanda, Putrajaya
- GSC IOI City Mall, Putrajaya
Zon Utara:
- GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang
- GSC Queensbay Mall, Pulau Pinang
- GSC Sunway Carnival, Seberang Jaya
Zon Selatan:
- GSC Palm Mall Seremban
- GSC AEON Bandaraya Melaka
- GSC Paradigm Mall Johor Bahru
- GSC & Aurum The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.
Lebih banyak pawagam GSC akan dibuka di lokasi-lokasi lain mulai 23 September 2021.