Sebuah laman teknologi iaitu CNET telah melakukan ujian ketahanan ke atas telefon boleh lipat Motorola iaitu Motorola Razr yang baharu.

Sebelum ini pihak motorola menyindir Samsung selepas Galaxy Fold memberikan amaran kepada pengguna untuk melipat telefon mereka dengan tertib.

Motorola pula menegaskan bahawa, untuk Razr, para pengguna tak perlu mengawal perkara seperti itu. Buat apa beli mahal jika banyak benda tak boleh buat.

Lalu Motorola memberikan jaminan bahawa Razr yang mereka keluarkan jauh lebih baik daripada Galaxy Fold dan tidak akan bermasalah walaupun penggunanya kasar.

Namun sekarang ini, persepsi itu bakal berubah. CNET telah melakukan ujian ketahanan ke atas Razr menggunaka foldBot. Dan ternyata telefon itu ada masalah di engselnya / hinge.

Selepas 27,000 lipatan, engsel itu akan rosak. Korang bayangkan, beli telefon lebih RM6,000.000 untuk telefon yang terhad kepada 27,000 lipatan sahaja.  Cukup ke?

Jadi, kepada sesiapa yang sudah membeli Razr, boleh dikira ini adalah momen yang bukan kelakar.

CNET membuat video siaran langsung. Mereka menjangkakan 12 jam. Dan untuk satu video, itu agak terlalu lama. Namun malangnya, video itu tak sampai pun 12 jam. Ia terpaksa dihentikans selepas 4 jam.

Ujian pertama adalah, untuk melihat sama ada telefon itu mampu untuk dilipat sebanyak 100,000 kali. Ternyata ianya jauh daripada angka itu.

Masalah masalah pada telefon ini bermula apabila semakin banyak lipatan dilakukan, telefon mulai bermasalah untuk ditutup dengan baik

4 jam selepas proses untuk buka dan tutup lipatan, telefon Razr mulai tidak dapat ditutup langsung oleh FoldBot.

Dan krew CNET kena melakukan sedikit pelarasan secara manual untuk membolehkannya dilpat semula. Namun ianya tetap gagal.

CNET terpaksa menamatkan siaran langsung itu.

Lantas, CNET menyifatkan Samsung adalah lebih baik daripada Motorola dalam isu ini. Samsung mengakui telefon mereka tidak ada jaminan ketahanan jika digunakan dengan cara yang lasak.

Dan Samsung memberikan garis panduan yang sangat banyak kepada para penggunanya. Walaupun leceh tapi tak apalah kan. Samsung turut memberikan jaminan gantian skrin jika ia rosak.

CNET sebelum ini sudah melakukan ujian yang sama menggunakan FoldBot untuk Samsung Galaxy Fold sebanyak 200,000 lipatan, namun ianya hanya mampu 120,000 lipatan sahaja.

Sebaik sahaja video itu tersebar, penjualan Samsung Galaxy Fold semakin menurun. Dan impak yang sama bakal berlaku kepada Razr.

Sebagai perbandingan spesifikasi Motorola Razr sebenarnya boleh dikatakan tak kena dengan harganya yang RM6,000 lebih. Takkan sebab nak beli telefon boleh lipat, korang sanggup nak bayar sebanyak itu?

Berikut adalah spesifikasi New Razr:

Snapdragon 710 processor
6GB RAM
128GB internal storage
6.2-inch foldable pOLED display (2142 x 876)
2.7-inch Quick View display (800 x 600)
16MP front-facing camera, f/1.7 with Night Vision mode
5MP internal camera
USB-C
eSIM
Android 9 Pie
Fingerprint reader
Bateri 2,510 mAh