Tidak pasti apa yang cuba dilakukan oleh seorang lelaki di Florida, apabila dia seolah-olah memberitahu polis bahawa beg dia memang dipenuhi dadah dengan label ‘Bag Full Of Drugs’.

Adakah ia salah satu usaha untuk bermain psikologi? Namun ternyata ia bukan tindakan yang bijak.

Biasanya orang yang bawa dadah ni cuba sedaya upaya nak mengelakkan diri mereka daripada menjadi perhatian.

Ini tak, di mana dia memandu melebihi had laju dan dikejar oleh Polis peronda lebuhraya Florida. Kemudian di dalam keretanya ada beg dengan label yang menyatakan beg itu sarat dengan dadah.

Selepas memeriksa kenderaannya, polis peronda lebuhraya mendapati ada beg yang dilabel dengan Bag Full Of Drugs. Lalu polis peronda tersebut melaporkan kepada unit narkotik, yang kemudiannya dibantu oleh anjing K-9 untuk memeriksanya.

Itulah momen di mana polis menemui beg penuh berisi dadah dengan label beg penuh berisi dadah.

Dia ditahan serta merta di tepi jalan dan dibawa terus ke balai polis berdekatan.

Polis menemui pelbagai jenis dadah dalam “Bag Full Of Drugs” itu termasuk, meth, GHB, kokain, MDMA dan pelbagai lagi.

Polis Santa Rosa County menulis menerusi FB mereka: ” Jabatan Polis Santa Rosa K-9 yang dibantu oleh polis lebuhraya telah menemui sebuah kenderaan yang sarat dengan banyak jenis dadah.”

“Nota kepada diri sendiri – jangan sesekali cuba menyeludup dadah haram dengan menggunakan beg yang dilabel ‘Bag Full Of Drugs’. Kerana pegawai K-9 [anjing] kami boleh membacanya.”