Kerajaan telah menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan menggantikannya dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) bermula 10 Jun depan. Dalam PKPP, rakyat Malaysia diberi kebebasan untuk merentas negeri.
Pengumuman terkini Perdana Menteri itu disambut baik oleh orang ramai terutamanya umat Islam di seluruh negara kerana dibenarkan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban yang dijangka disambut pada 31 Julai ini.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun sambutan tersebut tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa agama Islam.
“Dalam kategori perayaan dan aktiviti keagamaan, saya nak sampaikan berita baik. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.
“Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Perintah Kawalan Pergerakan, hari ini.
Baca juga artikel menarik kami yang lain: