Maybank dalam satu pengumuman pada hari ini memaklumkan bahawa bahawa ia akan menghentikan semua akses perkhidmatan perbankan buat sementara waktu pada 4 Mei 2021. Pemberhentian sementara ini akan berlaku pada jam 11.30 malam hingga 11.59 malam pada hari Selasa, 4 Mei 2021 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan.

Maybank berbuat demikian untuk menyediakan perkhidmatan perbankan mereka dengan kempen membeli belah 5.5 pada 5 Mei. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar membuat sebarang transaksi dengan lebih awal bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Perkhidmatan Maybank yang bakal terjejas adalah:

  1. Maybank2u, Aplikasi MAE, Aplikasi QRPay Biz danAplikasi Maybank Wealth
  2. Pembayaran dalam talian FPX
  3. Transaksi kad debit
  4. Mesin ATM, mesin deposit tunai dan mesin deposit cek
Sumber: