Pelakon Game of Thrones, Hafthor Julius Bjornsson mencipta rekod dunia acara deadlift apabila berjaya mengangkat beban seberat 501kg di gimnasiumnya di Iceland.

Pelakon dan atlet dari Iceland itu berjaya memecahkan rekod 500 kilogram yang sebelum ini dipegang oleh warga Britain, Eddie Hall yang pada tahun 2016.

Pembatalan banyak pertandingan deadlift akibat penularan wabak COVID-19 membuatkan Bjornsson tiada pilihan lain selain melakukan cubaan pecah rekod di tempatnya sendiri, iaitu di di Thor Power Gym di Iceland.

Pelakon Hafthor Bjornsson yang memegang watak Ser Gregor “The Mountain” Clegane di dalam siri Game of Thrones itu kini bergelar lelaki pertama di dunia yang mampu mengangkat beban lebih 500kg. Ini sekali gus menobatkannya sebagai Manusia Terkuat Dunia.

Acara yang turut disiarkan secara langsung di saluran ESPN itu menyaksikan Bjornsson, 31, berjaya mengangkat barbel yang kelihatan membengkok selama dua saat, sebelum melepaskannya sambil menjerit gembira.

“Saya percaya hari ini saya boleh melakukan lebih banyak lagi, tetapi apa gunanya?

“Saya gembira dengan pencapaian ini,” kata Bjornsson kepada wartawan ESPN.

Malah, di ruangan komen di YouTube, dia menyatakan tiada perasaan yang lebih gembira daripada membuktikan bahawa orang lain adalah salah.

“Begitu banyak orang tidak mempercayai saya, begitu banyak orang yang mengatakan, saya tidak mampu mengangkat 501 kilogram itu.

“Tetapi saya mendapat banyak sokongan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Bjornsson, yang mempunyai ketinggian setinggi enam kaki dan sembilan inci itu memenangi acara Manusia Terkuat Dunia pada tahun 2018.

Baca juga artikel kami lain yang berkaitan:

Sumber: