Kerajaan pada hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan Microsoft untuk membuka pusat data serantau di Malaysia. Pelaburan bernilai RM4.129 bilion (USD1 billion) oleh Microsoft itu diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelaburan tersebut merupakan salah satu inisiatif di bawah Bersama Malaysia, yang dikelolakan oleh Unit MAMPU di Jabatan Perdana Menteri, Human Resources Development Fund (HRDF) di bawah Kementerian Sumber Manusia bersama-sama dengan Petronas, Celcom and Grab.

Penubuhan pusat data serantau oleh Microsoft itu dijangka mampu menjana pendapatan baharu sebanyak RM28.3 bilion (USD6.9 billion), selain mencipta 19,000 peluang pekerjaan baharu. Ini termasuklah 4,000 pekerjaan berkaitan sektor teknologi maklumat (IT).

Kerjasama ini adalah selari dengan hasrat Malaysia di bawah inisiatif MyDigital dan Blueprint Ekonomi Digital Malaysia yang dilancarkan pada bulan Februari. Menerusi penubuhan pusat data serantau ini, Microsoft juga turut dilapor akan membantu memperkasakan satu juta rakyat Malaysia dengan kemahiran digital menjelang tahun 2023.

Sumber: