Seorang lelaki misteri berlari selepas meninggalkan 500 topeng muka di sebuah balai polis di Timur China. Tindakan murni lelaki tersebut dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudiannya menjadi viral di media China.
Dalam rakaman CCTV tersebut, lelaki itu berlari selepas meninggalkan 500 topeng muka pada sekitar 3 petang di sebuah balai polis pekan Lu’an di wilayah Anhui China.
The heart-melting moment! A man voluntarily left 500 face masks at a police station in east China's Anhui Province, and ran away quickly. Policemen chased after him and gave him a salute in appreciation. #coronavirus pic.twitter.com/zP7UKJcLnr
— China News 中国新闻网 (@Echinanews) January 28, 2020
Sebaik meletakkan berkotak-kotak stok topeng muka di atas kaunter balai polis, lelaki tersebut berkata, “Terima kasih kerana kerja keras anda semua.” Beliau kemudiannya berlari meninggalkan balai polis tersebut sebelum sempat polis mengucapkan terima kasih.
Dua polis yang cuba mengejar lelaki tersebut menzahirkan terima kasih mereka dengan menabik hormat.
Ketika ini, stok topeng muka di China berdepan dengan kekurangan stok berikutan penularan kes Coronavirus.