Iklan syarikat Asia Harvest yang memperkenalkan ibadah korban lembu Wagyu Miyazaki yang berharga RM29,999 satu bahagian mencetus perdebatan dalam kalangan netizen.

Harga satu bahagian korban yang mencecah hampir RM30,000 tersebut nyata jauh lebih mahal berbanding harga satu bahagian korban lembu biasa yang berharga sekitar RM700-800.

Menurut iklan tersebut, ibadah korban lembu Wagyu Miyazaki ini dibuka kepada sesiapa yang ‘mampu dan ingin mencuba’.

“Sembelihan akan dibuat di rumah sembelihan yg di iktiraf pihak JAKIM di sana, dan daging lembu akan di bawa proses hingga sampai ke Malaysia kelak.

“Seekor lembu Wagyu tulen yang dagingnya bergred A5 (gred terbaik) dengan berat hidup 800kg, akan memberikan blok daging seberat 360kg. Setiap peserta akan menerima 50kg daging yang harga pasarannya mencecah RM50,000 sebenarnya.

“Daging tersebut akan dihantar hingga ke rumah anda untuk anda edarkan sendiri kepada fakir miskin yang mungkin teringin juga merasai nikmat daging ini.

“Jadi tidak hairanlah bagi harga satu bahagian QORBAN Wagyu ini adalah RM29,999.00 bagi mereka yang berkemampuan dan memilih ternakan yang terbaik bagi korban mereka.”

Dikecam netizen

Niat syarikat tersebut untuk menawarkan kualiti daging lembu terbaik di dunia untuk ibadah korban bagaimanapun disalah anggap sebagai ‘kapitalis’ oleh sesetengah netizen.

Seorang pengguna Facebook Zul Xulism berkata:

“Duit banyak tu boleh beli lebih banyak lembu di Malaysia dan jumlah agihan daging korban dah tentu jauh lebih ramai. Bila si kapitalis eksploitasi konsep ibadah korban untuk keuntungan, macam ni la jadinya.

Adri Idzwan pula berkata:

“Tunggang jangan tak tunggang. Kuasa viral lebih bermakna dari memahami ibadah.”

Said Imaddudeen juga bersetuju dengan sentimen tersebut:

“Mungkin orang yang cadangkan ni rasa lagi mahal daging korban dan berkualiti lagi banyak kot pahala dia. Jual biasa dah la, tak payah nak promo sempena musim Eidul Adha ni. Lari jauh sangat dari maqasid Syariah kenapa ibadat korban tu diadakan.”

Harvest Fresh Produce MAEPS yang mengiklankan ibadah korban lembu Wagyu Miyazaki tersebut menjelaskan pakej itu hanya untuk mereka yang mampu dan tiada paksaan untuk menyertainya.

Menurutnya lagi, pihak penganjur telah merujuk panel syariah terkenal Dato Dr Daud Bakar sebelum melancarkan program korban lembu Wagyu Miyazaki ini. Malah penganjur juga menyediakan alternatif korban lembu biasa yang berharga RM799 satu bahagian.

“Assalamualaikum kepada tuan puan budiman yang ingin buat korban di Malaysia. Kami juga ada sediakan ya. Jangan bimbang. Ia dibuat dgn mengambil kira keadaan pasca PKP di mana Masjid dan Surau lagi tidak dapat beroperasi sepenuhnya

“Tempahan bagi program Berkat Korban AEON x SMAHI x KOOP GTR boleh dibuat di semua 55 Kaunter Customer Service AEON seluruh negara. Ia juga boleh ditempah secara online di link di bawah :

www.smahi.my
www.smahi.my
www.smahi.my

“Penyertaan ibadah korban ini dibuka kepada semua muslimin dan muslimat di Malaysia dan seluruh dunia. Semoga ibadah korban ini akan memberi keberkatan dan seribu makna kepada semua .

“Alhamdullilah kami dari SMAHI berbesar hati memberikan Chopping Board Limited Edition (Bernilai RM99) kepada 1000 penyertaan yang pertama.”

Halalkah Lembu Wagyu yang diberi minum sake dibuat korban?

Seorang netizen Puddin Biul bertanya mengenai kehalalan makan daging korban lembu Wagyu dari Jepun yang dikatakan diberi minum sake (arak Jepun):

“Saya nak tanya something kat sini. Daging Wagyu dari Jepun gred ni kan bukan ke lembu tu sendiri diberi minum sake (arak jepun)? Adakah daging tu halal apabila kita makan? Sekadar bertanya sebab saya selalu tengok Discovery Channel daging Wagyu ni lembu diorang selalu kene massage. Lepas tu lembu dia takde tekanan dan makanan diorang pun special serta lembu tu diberi minum sake (arak jepun). Sebab tu saya nak tanya daging tu halal ke?”

Menjawab persoalan tersebut, Harvest Fresh Produce MAEPS berkata:

“Tak tuan. Yang cerita Wagyu kena urut dan minum sake tu dalam Discovery Channel sahaja. Admin sendiri beberapa kali menjelajah beberapa kandang Wagyu sendiri di sana sampai ke pusat proses makanan dan rumah sembelihan. Pihak JAKIM juga turut audit dari kandang hingga rumah sembelihan sebelum mereka beri endorsement kepada 2 rumah sembelihan di sana dan admin ada juga terlibat secara tidak langsung.”

Persoalan ini telah pun sebenarnya dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dalam salah satu video ceramahnya:

Kenapa daging Wagyu Miyazaki mahal?

Wagyu bermaksud lembu Jepun. Lembu-lembu Jepun biasanya dibela untuk memberikan banyak sel lemak dalam daging mereka. Lemak inilah yang memberikan daging Wagyu berwarna merah jambu dan tompok-tompok putih pada dagingnya. Tompok-tompok putih inilah yang memberikan kelembutan dan rasa berlemak daging Wagyu.

Embed from Getty Images

Gred daging Wagyu ditentukan oleh dua faktor:

  1. Berapa banyak daging yang terhasil
  2. Berapa banyak tompok-tompok putih pada dagingnya (marbled fat)

Hanya daging Wagyu gred A3 dan A5 yang boleh dijual di Jepun. Lebih tinggi grednya, lebih mahal harganya.

Daging Wagyu sudah mencapai tahap legenda sehinggakan ada orang mengatakan semua lembu Wagyu diurut dan diberi minum sake. Kenyataan itu betul. Tetapi faktanya, bukan semua penternak melakukan amalan tersebut.

Lembu-lembu Wagyu dibesarkan dengan cara yang berbeza-beza mengikut kawasan dan penternak. Tetapi semua lembu Wagyu biasanya diternak selama 10 bulan sebelum dijual kepada penternak khas yang tugasnya hanya menggemukkan lembu tersebut.

Penternak khas ini akan meletakkan lembu-lembu Wagyu dalam kandang kecil dan memberi makan campuran fiber dan karbohidrat yang diperbuat daripada nasi, gandum dan jerami. Lembu Wagyu biasanya akan diberi makan tiga kali sehari selama dua tahun – sehinggalah jumlah lemak dalam badan lembu tersebut mencapai hampir 50%.

Embed from Getty Images

Hanya lembu Wagyu betina yang dibenarkan bebas tanpa kandang.

Jangka masa untuk menggemukkan lembu Wagyu dan kos import makanannya menjadi punca mengapa lembu Wagyu mahal. Dalam masa dua tahun menjalani proses penggemukan, seekor lembu Wagyu memerlukan 5 tan makanan.

Semasa proses penggemukan lembu Wagyu, matlamat utama penternak adalah memastikan jumlah tompok-tompok putih jadi banyak di daging. Antara penternak lembu Wagyu yang konsisten menghasilkan daging berkualiti adalah penternak dari Matsusaka, Kobe dan Miyazaki.

Ranking gred paling tinggi bagi Wagyu dianugerahkan kepada lembu gred A5 dari Miyazaki. Lembu Wagyu Miyazaki pernah menjadi juara Wagyu Olympics sebanyak dua kali.

Baca juga artikel lain yang berkaitan: