Malaysia kekal pada kedudukan ketiga di Asean bagi purata kelajuan muat turun jalur lebar talian tetap dengan purata kelajuan 86.82 megabit sesaat (Mbps) pada Julai 2020. Catatan ini meningkat berbanding 81.46 Mbps pada bulan sebelumnya.

Tempat pertama di ASEAN dan dunia dipegang oleh Singapura dengan kelajuan purata 218.07 Mbps. Thailand di tangga kedua ASEAN dan keempat dunia dengan kelajuan purata 173.41 Mbps.

“Memandangkan ekonomi Malaysia meneruskan tahap pemulihan sehingga Disember 2020, akses Internet kekal penting kerana rakyat Malaysia memerlukan kesalinghubungan yang baik,” menurut Surunjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam buletin bulanannya yang dikeluarkan semalam.

Menurut SKMM, keputusan itu adalah dapatan Indeks Speedtest Global yang turut meletakkan Malaysia pada tangga ke-41 di seluruh dunia, berbanding ke-40 pada Jun 2020.

Bagaimanapun lain ceritanya bagi purata kelajuan jalur lebar mudah alih. Malaysia berada di tangga keenam ASEAN dan ke-83 dunia dengan kelajuan hanya 24.44 Mbps.

Tempat pertama masih lagi menjadi milik Singapura dengan kelajuan purata 58.44 Mbps. Thailand, Vietnam, Laos dan Myanmar melengkapkan tempat kedua hingga kelima mengikut urutan.

Menurut SKMM, di sebalik kedudukan tersebut, kelajuan jalur lebar mudah alih di Malaysia sebenarnya mencatat peningkatan ketara.

Senarai penuh ranking kelajuan Internet jalur lebar tetap dan mudah alih dunia boleh dilihat di sini.

Baca juga artikel lain yang berkaitan: