Redtone Digital Bhd telah melantik Abdul Jalil Bin Abdul Rasheed sebagai Timbalan Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa pada 23 April 2021. Lantikan ini dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Jamil Salleh yang telah meletakkan jawatan pada 31 Mac 2021.

Ketika ini, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pemegang saham bagi Kumpulan Berjaya Corporation Bhd (BCorp). Bcorp memiliki 52.38 peratus pemilikan di dalam Redtone Digital Bhd. Antara pemegang saham yang signifikan di dalam syarikat ini termasuklah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan pegangan sebanyak 17.34 peratus.

Redtone Digital Bhd didagangkan di Bursa ACE pada harga RM0.455 sesaham, dengan modal pasaran sebanyak RM356.02 juta. Sepanjang bulan lalu, nilai saham syarikat naik sebanyak 18.2 peratus dan jika dibandingkan dengan nilai saham pada tahun 2020, terdapat peningkatan sebanyak 14.6 peratus bagi tahun 2021.

Menurut makluman Redtone Digital kepada Bursa Malaysia, Abdul Jalil mempunyai pengalaman kepemimpinan pelaburan dan perniagaan selama 18 tahun serta pernah bekerja di beberapa negara dengan firma pelaburan global. 

Sumber: