Intel, syarikat gergasi semikonduktor dunia kini memanfaatkan tenaga solar sebagai sumber tenaga boleh guna untuk membantu menjana tenaga bagi enam bangunannya di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang. Intel Malaysia memaklumkan kejayaan tersebut susulan penyiapan ladang solar berskala 3.2 megawatt (MW) serba baharu pada Januari tahun ini.

Projek tersebut merupakan ladang solar terbesar Intel di luar Amerika Syarikat (AS). Pemasangan yang mencapai kapasiti terpasang keseluruhan 4.1 MW itu dilaksanakan oleh NEFIN, sebuah syarikat pembangun tenaga yang boleh diperbaharui. Penyiapan projek tersebut dijangka akan menyumbang kira-kira 15 peratus kepada kapasiti tenaga elektrik solar fotovoltaik global Intel. Selain itu juga, penggunaan tenaga solar akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida kira-kira 3,800 tan.

Bertepatan dengan tema Hari Bumi Sedunia ‘Restore Our Earth’, Intel menekankan komitmennya untuk terus berusaha bagi menjimatkan penggunaan tenaga dan memperluas projek tenaga boleh baharu. Penggunaan teknologi cekap tenaga bagi reka bentuk dan operasi juga akan diperluaskan sebagai usaha bagi menangani perubahan iklim.

Kejayaan ini adalah langkah awal yang diambil oleh Intel untuk mencapai 100 peratus penggantungan operasinya menggunakan tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030. 

Sumber: