Ketika Amerika Syarikat sedang bergelut dengan wabak pandemik COVID-19 sehingga memaksa kerajaan negeri melaksanakan perintah kuarantin, penyokong Donald Trump pula buat hal.
Ketika hospital di Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah kekurangan ventilator dengan angka kematian semakin meningkat, penyokong Donald Trump mengambil kesempatan untuk melakukan protes menentang perintah kuarantin.
Pakar kesihatan khuatir protes ini jika mendapat momentum akan membuatkan nyawa pesakit, doktor dan jururawat yang sedang ‘berperang’ dengan wabak COVID-19 dalam keadaan bahaya.
Ketika negara lain menghargai pengorbanan frontliners mereka bekerja tanpa mengenal penat lelah di hospital, penyokong Trump melihat frontliners mereka sebagai ‘alat’ yang membuatkan Presiden kesayangan mereka nampak teruk.
Protes anti-kuarantin yang sudah bermula sejak beberapa hari lepas di Amerika Syarikat. Protes ini disertai rata-ratanya oleh penyokong Donald Trump yang berfahaman sayap kanan.
Premis protes mereka adalah mudah sahaja: mereka mahukan peraturan kuarantin dihentikan. Mereka mahu pergi kerja seperti biasa. Mereka mahu keluar rumah seperti biasa. Dan mereka mahu kedai-kedai dibuka seperti biasa.
Ia menjadi semakin teruk sehinggakan peserta protes bertindak menghalang laluan jalan utama supaya ambulans dan pesakit tidak dapat pergi ke hospital.
Inilah yang dilakukan oleh kumpulan pencinta Trump yang dikenali dengan nama ‘Proud Boys’ di Michigan.
Malah media turut melaporkan kewujudan beberapa protes yang disertai oleh kumpulan pro-senjata.
Susulan kejadian tersebut, beberapa jururawat di Denver, Colorado bertindak untuk menghalang kejadian di Michigan berulang di hospital mereka.
Dalam satu insiden yang sempat direkod oleh netizen, dua orang jururawat sebuah hospital di Denver bertindak menghalang laluan peserta protes dengan berdiri di laluan mereka.
Ini adalah supaya ambulans boleh masuk keluar tanpa halangan dari peserta protes.
Penyokong Trump nyata berang dengan tindakan jururawat tersebut.
Reaksi peserta protes itu membuatkan beberapa orang awam menyertai tindakan jururawat tersebut dengan memberi sokongan.
Pakar kesihatan di Amerika Syarikat menyalahkan Presiden Donald Trump atas kemunculan protes-protes sebegini.
Ia timbul berikutan respons Trump yang mengatakan keseriusan wabak COVID-19 di sana adalah berita palsu yang bertujuan untuk memburukkan reputasinya sebagai presiden.