Lukisan mural wajah Perdana Menteri, Presiden PAS, Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Dipertuan Agong dan Ketua Pengarah Kesihatan telah diconteng dan dirosakkan dengan kata-kata tak sopan.

Mural yang dilukis oleh anak Terengganu, Suhaimi Ali di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia – termasuklah dari Ketua Pengarah Kesihatan dan YDP Agong sendiri.

YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 Shah Alam minggu lepas untuk bergambar dengan lukisan mural gergasi potret Baginda.

Namun malangnya, lukisan mural itu telah dirosakkan oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab.

Mereka bukan sahaja menconteng wajah pemimpin negara, malah turut menulis perkataan kesat termasuk di wajah YDPA yang secara jelas telah melanggar undang-undang negara.

Berdasarkan video yang dimuat naik, hanya dua wajah yang ‘selamat’ dari perbuatan vandalisme tersebut iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli al-Bakri dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri.

Menurut Mr James Labu di Twitter, dia yang berada di lokasi pada jam 10.30 tadi, mengesahkan pihak polis bersama media dan pelukis mural telah sampai ke tempat kejadian.

https://twitter.com/MrJamesLabu/status/1285037881443020800

Laporan polis juga telah dibuat dan kini siasatan sedang dijalankan bagi menangkap pelaku yang tidak bertanggungjawab. Akses lokasi tersebut turut telah ditutup kepada orang awam.

Netizen yang membanjiri ruangan komen menzahirkan rasa amarah mereka akan kejadian tersebut dan menyifatkan ianya sebagai bentuk penghinaan kepada negara.

https://twitter.com/urlunae/status/1285047839031058432

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber: