Ketika pandemik mula-mula tersebar, Google mengambil langkah proaktif dengan mengarahkan agar kakitangannya untuk bekerja dari rumah. Menurut laporan, mereka merupakan syarikat terawal yang membenarkan dan mengetengahkan idea ini untuk mengelakkan sebarang jangkitan di tempat kerja.

Namun setelah setahun berlalu dan sekatan mula kelihatan reda, Ketua Pegawai Eksekutif Google Sundar Pichai kembali mengajak agar Googlers (sebutan nama kepada kakitangan Google) untuk kembali bekerja dari pejabat. Firma tersebut yang kembali dibuka pada bulan lalu memaklumkan bahawa kakitangan boleh bekerja selama tiga hari di pejabat dan baki dua hari pula di rumah.

Menurut Sundar, terdapat banyak kelebihan untuk duduk dan berinteraksi secara norma baharu di pejabat. Idea dan perbincangan spontan di kafe, melalui perbincangan di papan putih serta semasa bersenam dan bersukan boleh memberikan impak positif kepada syarikat. Beliau juga memberitahu hampir 60 peratus Googlers telah memilih untuk kembali ke pejabat dengan hanya baki 20 peratus bekerja dari tempat yang bersesuaian dan baki 20 peratus lagi di rumah.

Cadangan Google ini dilihat berbeza dengan Twitter yang membenarkan kakitangan mereka untuk kekal bekerja selama-lamanya di rumah.

Sumber: