Fenomena Super Pink Moon – yang membuatkan bulan 14% lebih besar dan 33% lebih cerah – akan dapat dilihat di ruang langit di Malaysia pada pagi Rabu, 8 April 2020, menurut laporan Time and Date.
Fenomena yang berlaku setiap tahun ini dipanggil ‘Super Pink Moon’ bukan kerana warna bulan akan menjadi merah jambu.
Sebaliknya kerana fenomena ini berlaku pada masa sama bunga ‘moss phlox’ mula mekar di Amerika Syarikat.
Ketika fenomena Super Pink Moon ini berlaku, bulan sebenarnya akan kelihatan berwarna oren kerana gelombang cahaya yang berwarna biru akan ‘ditapis keluar’ oleh atmosfera Bumi.
Saintis meramalkan Super Pink Moon pada tahun 2020 akan menjadi lebih besar dan lebih cerah berbanding biasa kerana kekurangan pencemaran udara. Ini disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) dan kuarantin yang dikuatkuasakan oleh majoriti negara seluruh dunia.
Super Pink Moon berlaku apabila bulan berada pada jarak terdekatnya dengan bumi iaitu sejauh 221,524 batu.
Pada jarak dekat ini, bulan akan kelihatan lebih besar daripada biasa.
Atmosfera bumi yang kaya dengan oksigen dan nitogen akan menapis keluar gelombang cahaya bulan – sebenarnya berasal dari cahaya matahari yang dipantulkan oleh permukaan bumi – yang berwarna biru.
Ini menyebabkan kita di bumi hanya dapat melihat gelombang cahaya bulan yang berwarna oren; menjadikan bula kelihatan berwarna oren.
Di Malaysia, dijangka Super Pink Moon akan berlaku sekitar jam 10.35 pagi, pada hari Rabu, 8 April 2020.
Jika anda ingin melihat bagaimana rupa sebenar fenomena Super Pink Moon, anda boleh tonton video di bawah. Ia menunjukkan rupa sebenar Super Pink Moon di Jerman pada tahun lepas: