Penyakit Parkinson adalah satu kumpulan keadaan yang dipanggil gangguan sistem motor. Empat gejala awal adalah seperti berikut:

  1. Tremor: menggigil pada tangan, lengan, kaki, rahang dan muka.
  2. Kekakuan: kaku ataupun kejang pada anggota dan belakang.
  3. Bradikinesia: pergerakan yang perlahan.
  4. Ketidakstabilan postur: kemerosotan keseimbangan dan koordinasi badan.

Gejala ini mungkin menyebabkan pesakit susah berjalan, bercakap ataupun melakukan kerja-kerja yang mudah. Penyakit ini merupakan penyakit yang kronik dan progresif. Ianya bukanlah sejenis penyakit yang berjangkit. Ia adalah keadaan dimana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruk sehingga pengidap tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Para penyelidik telah mengenal pasti kerosakan sel otak yang menyebabkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin merupakan penyebab utama penyakit ini.

Rawatan terbaru penyakit Parkinson

Buat masa sekarang penyakit parkinson tidak dapat disembuhkan namun gejalanya dapat dikawal melalui ubat-ubatan atau pembedahan. Penyakit ini memberikan kesan yang berbeza kepada setiap pengidapnya, oleh itu rawatan perlulah disesuaikan bagi setiap individu.

Antara ubat yang biasanya dipeskripsi kepada pesakit Parkinson adalah:

  • Levodopa (Madopar®, Sinemet®, Stalevo®)
  • Dopamin agonis (Pramipexole, Ropinirole, Rotigotine patch, Bromocriptine, Piribedil)
  • Penyekat MAO (Selegiline)
  • Penyekat COMT (Entacapone)
  • Antikolinergik (Benzhexol)

Tetapi selain itu, pesakit Parkinson turut boleh mengurangkan gejala penyakit mereka menerusi rawatan deep brain stimulation. Penemuan rawatan baru ini adalah hasil kajian bertahun-tahun yang dilakukan oleh saintis terhadap penyakit Parkinson.

Kesan rawatan deep brain stimulation kepada pesakit Parkinson boleh dilihat menerusi video di bawah:

@etsuvol

##fyp ##fupd ##1stpost

♬ original sound – etsuvol

Ini menunjukkan kajian penyakit sangat memberi manfaat kepada pesakit! Jika diteruskan, tak mustahil satu hari nanti penyakit Parkinson akan tinggal menjadi sejarah.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber: