China telah mengambil langkah menggunakan dron untuk proses mengangkut sampel makmal bagi kes berkaitan koronavirus / COVID – 19.

Dron tersebut beroperasi mengangkut sampel dari hospital ke pusat kawalan wabak di Xinchang.

Dron yang mereka gunakan adalah dron yang dihasilkan oleh perusahaan Terra Drone, Antwork.

Langkah itu dianggap lebih laju dan lebih selamat kerana mengurangkan sedikit tenaga manusia di dalam perlaksanaan prosedurnya.

Buat masa ini, kerajaan China sangat berpuas hati dengan langkah menggunakan dron ini, kerana sangat cekap dan efisien.

Dron RA3 dan tr7s boleh beroperasi secara automatik. Ianya dapat mengurangkan sentuhan sesama manusia dalam proses penyerahan dan penerimaan sampel.

Buat masa ini, kerajaan China berjaya mempercepatkan proses tersebut sehingga 50%. Dron tersebut dilengkapi dengan teknologi pegimejan ‘thermal’ yang boleh mengesan, mereka yang ada terjangkit wabak.

COVID-19 sehingga kini sudah mengorbankan lebih 1,700 nyawa. Ianya berpusat di Wuhan, China dan sudah tersebar ke beberapa negara lain di seluruh dunia.

Selain daripada digunakan untuk mengangkut sampel makmal, dron juga digunakan untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat.

Misalnya di bawah ini, pegawai kesihatan telah memarahi mereka yang keluar tanpa menggunakan topeng muka.

https://twitter.com/i/status/1226372127722364928