Pernah tak anda melalui pengalaman buat laporan polis, tapi tiada apa-apa tindakan diambil oleh polis selepas laporan dibuat? Mesti frust kan?

Bila kita buat laporan polis, kemudian tiada tindakan apa-apa oleh pihak polis, mulalah kita nak marah-marah. Katanya polis tak buat kerja.

Bukan begitu.

Apabila laporan dibuat, polis akan menilai dari laporan samada kes ini diperuntukkan dibawah mana-mana-mana kesalahan jenayah.

Contohnya laporan kes tipu. Kenapa tak tangkap?

Kes tipu ini kesalahan di bawah kategori yang tidak lazim ditangkap. Jadi lapor sahaja tak jadi apa. Polis kena ada perintah sanksi (sanction) / kebenaran majistret untuk mula siasat. Jadi lepas lapor, anda perlu pergi dapatkan sanksi dari majistret. Barulah siasatan dapat dimulakan.

Contoh kedua, kes rebut anak. Kenapa tak tangkap?

Sebab nak rebut anak ini kena ada perintah mahkamah. Lapor polis pun bukan boleh buat apa. Dapatkan perintah jagaan sementara. Laporan polis ialah diari sahaja secara analoginya. Ambil anak sendiri bukan kesalahan jenayah.

Kalau dah ada perintah dan tak diikuti, barulah ada kes. Kemudian barulah pihak polis boleh bertindak.

Contoh ketiga, kes fitnah. Kenapa tak tangkap?

Sebab fitnah ni adalah lebih bersifat sivil berbanding jenayah. Laporan polis jadi diari sahaja. Walaupun fitnah juga boleh jadi kesalahan jenayah, namun di negara kita tak banyak yang didakwa kerana memfitnah / membuli siber.

Begitu juga dengan kes gagal bayar hutang.

Kesalahan ini tidak diperuntukkan dalam akta jenayah. Maka polis hanya akan ambil laporan sebagai cover report dan minta kita lantik peguam untuk menuntut sendiri di mahkamah.

Seperti dilampirkan dalam gambar di bawah. Biasanya polis akan keluarkan surat seperti di bawah jika tiada siasatan dibuat.

Anda perlu faham, kalau polis membuat tangkapan kes bukan jenayah, ianya bukan dibawah bidang kuasa mereka. Sekiranya kes itu didapati tidak kuat ianya tidak akan dibawa ke mahkamah kelak.

Jadi cara terbaik adalah untuk mendapatkan nasihat atau merangka dengan betul laporan anda. Contohnya memasukkan perkataan ‘saya diperdaya’ dalam kes penipuan. Ini boleh membantu klasifikasi jenis jenayah kepada tertuduh.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber: