Bapa mana yang tidak sayangkan anak?
Selepas viral di media sosial mengenai tuduhan rogol yang melibatkan Da’i Syed baru-baru ini, bapa kepada pendakwah selebriti itu turut meluahkan kekecewaan berserta nasihat buat anak lelakinya itu di facebook.
2 Tahun Nasihat Diabai
Menurut bapa Da’i Syed, Seif Jamalullail, dia telah berusaha semampunya dengan memberikan anaknya itu didikan agama berserta nasihat-nasihat yang berguna tetapi semuanya seperti tidak dihiraukan oleh Da’i Syed.
“Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan utk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya , namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.”
Menurut Seif Jamalullail lagi, isu tuduhan rogol yang melibatkan anaknya itu sebenarnya telah wujud lama apabila beberapa mangsa tampil mengadu kepadanya dan sebagai seorang ayah, beliau tidak akan sekali-kali melindungi anaknya jika dakwaan yang tersebar luas itu benar.
“Saya lebih rela dia diadili didunia daripada dihadap diakhirat dihadapan Qadhi Rabbul Jalil.”
Dalam kesempatan yang sama, bapa Da’i Syed menasihati gadis-gadis diluar sana untuk lebih berhati-hati ketika berurusan dengan anak lelakinya itu. Beliau juga menggesa para mangsa agar tampil membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan selanjutnya.
“Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu..“
Seif Jamalullail sempat memberi nasihat buat anaknya Da’i Syed agar tidak menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup akhlak buruknya kerana perbuatan itu adalah lebih hina dari iblis.
Anda boleh baca perkongsian facebook Saudara Seif Jamlullail, bapa kepada Da’i Syed menerusi tangkap layar di bawah: