Seekor anjing bernama Lao Wu, telah menjadi anjing pertama yang menerima anugerah Polis Pahang.
Lao Wu merupakan seekor anjing baka German Shepherd dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Lao Wu mencipta sejarah sebagai anjing pertama menerima pingat ‘Jasamu Dikenang’ bagi Kontinjen Polis Pahang.
Lao Wu menerima pingat tersebut daripada Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan. Anugerah itu disampaikan ketika Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Pahang, semalam.
Sarjan S Sanmugam, turut berbangga menerima pingat itu untuk Lao Wu dan kemudian mengalungkan pingat itu pada leher anjing yang berada di bawah jagaannya.
Sanmugam menyatakan bahawa, anjing yang berusia lima tahun lapan bulan itu menerima penghargaan kerana kejayaannya mengesan seorang suspek curi kenderaan yang melarikan diri sejauh lebih empat kilometer.
Kejadian itu berlaku ladang kelapa sawit di Felda Sungai Tekam, Jerantut, pada 14 November tahun lalu.
Lao Wu berjaya mengesan suspek yang melarikan diri selepas ditembak di bahagian kaki oleh pihak polis ketika operasi Lejang.
Lao Wu menemui baju-T berlumuran darah yang dipercayai ditinggalkan suspek selepas mengelap darah pada kakinya.
Dipetik dari sumber Bernama, Sanmugan berkata:
“Lao Wu begitu bersemangat mengesan suspek sehinggakan saya di belakangnya terjatuh dua kali akibat tersandung ekoran persekitaran yang gelap dan tanah tidak rata sebelum kami sampai di sebuah rumah dalam ladang.”
“Pemilik rumah mengatakan ada seorang lelaki datang meminta bantuan kerana ditembak, namun telah melarikan diri apabila dia mahu menghubungi polis.”
A German Shepherd has become the first dog to receive the "Jasamu Dikenang" award for the Pahang police contingent. The 5-year-and-8-month-old dog, named Lao Wu, received the award for tracking down a vehicle theft suspect who fled over 4km at an oil palm plantation in Jerantut pic.twitter.com/tgp6F90wT3
— BFM News (@NewsBFM) February 12, 2020
Lao Wu kemudiannya telah membawa mereka kembali semula ke ladang kelapa sawit sehingga berjumpa sungai sekitar jam 4 pagi.
Menerusi petunjuk yang diberikan oleh, Lao Wu mereka yakin suspek berada di seberang sungai.
Telahan Lao Wu ternyata tepat. Ketika polis menyambung semula operasi pada jam 6 pagi mereka telah mencari suspek di seberang sungai.
Akhirnya pihak polis menemui suspek di sebuah rumah dalam keadaan tak bermaya. Dan merayu agar pihak polis tidak melepaskan Lao Wu, khuatir diserang anjing itu.
Kecemerlangan oleh Lao Wu itu membolehkan beliau menerima anugerah khas dari polis Pahang
Sanmugan memberitahu, beliau sudah lama mengendalikan Lao Wu. Sejak 2015 lagi, ketika diterima dari China. Sepanjang 29 tahun perkhidmatannya, Sanmugan telah melatih ekor orang anjing polis.