Antara stereotaip biasa yang kita dengar bila bercakap tentang anak tengah ini ialah mereka dikatakan agak terpinggir, rebel dan selalu buat hal sendiri terutamanya semasa membesar. Tapi adakah stigma ini benar?

Bagi kami di Rencah, ia bukanlah 100% tepat kerana setiap orang mempunyai personaliti sendiri yang banyak dipengaruhi oleh banyak faktor seperti cara dibesarkan, keadaan persekitarn, kawan-kawan dan juga kekuatan dalam diri.

Kali ini, Rencah nak kongsikan 10 perkara yang dikatakan hanya anak tengah sahaja boleh faham. Anak sulung dengan bongsu memang tak boleh nak relate punya.

1. Orang lupa yang anda wujud

Ibu atau ayah mungkin mempunyai persefahaman yang lebih baik dengan anak sulung kerana dia merupakan yang pertama. Dan mereka juga mungkin memberikan perhatian yang lebih sedikit kepada si bongsu. Mungkin disebabkan ini anda rasa agak terpinggir.

2. Selalu kena pakai baju recycle abang atau kakak

Abang atau kakak selalu saja rasa barang baru. Maklumlah sebab mereka lahir dahulu. Apabila mereka dah besar, segala pakaian dan barang mereka akan ‘diwarisi’ oleh anda selaku anak tengah.

3. Takkan lupa detik kelahiran adik

Betul tak? Sebab selepas adik lahir, anda bukan lagi anak bongsu!

4. Tak rasa dapat bilik sendiri

Sebelum anda lahir, abang atau kakak anda ada bilik mereka sendiri. Selepas itu, anda dilahirkan dan berkongsi dengan mereka. Bila abang atau kakak masuk asrama atau dah kerja, mereka pindah bilik sendiri. And then there you are, kena kongsi bilik dengan adik!

5. Walaupun buat benda pelik orang tak perasan sangat

Don’t be sad. Orang bukan tak perasan cuma mungkin terlepas pandang.

6. Selalu tersepit bila adik-beradik berkelahi

Kadangkala anda sebagai anak tengah ini lebih matang dari yang sulung! Sampaikan anda terpaksa menjadi pendamai antara yang lebih tua dan muda.

7. Terpaksa try hard untuk menonjol

Disebabkan anda bukan yang paling tua atau paling muda, anda harus mempunyai kelebihan tersendiri untuk mencuri perhatian semua orang. Kerana apa? Sebab anda sering dibanding-bandingkan dengan si sulung.

8. Belajar berdikari pada usia muda

Campaklah sahaja ke mana saja, anda pasti mampu untuk berdikari. Sejak kecil anda sudah belajar buat semua benda sendiri. Bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk adik-beradik yang lain.

9. Boleh ‘terlepas’ begitu saja

Sebagai anak tengah, ibu bapa anda mungkin sudah agak kurang bertegas dengan kamu berbanding dengan abang atau kakak. Setakat kamu buat silap sikit, mereka pejamkan saja mata. Atau mungkin itulah yang orang kata ‘middle child swag‘!

10. Sangat sayangkan adik-beradik

Meningkat dewasa, anda akan menjadi seorang yang sangat pentingkan hubungan keluarga terutamanya di antara adik-beradik. Anda sering menjadi pencetus untuk apa jua aktiviti untuk dilakukan bersama-sama.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

https://klhive.com/10-filem-yang-lebih-best-dari-versi-buku/