Pelancong China – kumpulan pelancong yang anda boleh cam dari jauh bukan kerana rupa mereka; tetapi kerana perangai mereka. Ingat, kami bercakap mengenai pelancong dari Tanah Besar China. Pelancong berbangsa Cina dari Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Malaysia tidak termasuk dalam kategori ini.
Tetapi di sebalik perangai pelik dan kurang sopan pelancong China, kebanyakan negara tidak boleh menghalang kemasukan mereka. Sekurang-kurangnya 135 juta rakyat China melancong ke luar negara pada setiap tahun dan membelanjakan kira-kira RM1.1 trillion! Tiada negara yang boleh menolak manfaat kewangan yang pelancong China bawa ke industri pelancongan mereka.
Potensi pelancongan sesebuah negara yang menerima kedatangan rakyat China sangat besar.
Ini kerana menurut World Tourism Organisation (UNWTO), ketika ini hanya 6% rakyat China memiliki passport. Dan jumlah ini semakin meningkat seiring dengan kemakmuran ekonomi negara mereka.
Tetapi dengan peningkatan jumlah pelancong China, banyak negara mengeluh dengan impak negatif yang terpaksa dihadapi mereka. Kami di Rencah mengumpul sebahagian daripadanya:
1. Buang air merata-rata
Kejadian yang berlaku di stesen MTR Hong Kong ini menunjukkan insiden pelancong China yang membuang air di tempat wuduk dan tempat awam di Malaysia bukanlah satu anomali.
2. Merosakkan landskap untuk gambar
Dalam kes ini, seorang pelancong China merosakkan landskap bunga yang dibuat khas sempena festival bunga di Chiang Mai, Thailand hanya demi gambar (sumber). Jepun yang sudah masak dengan perangai pelancong China ini terpaksa menyediakan zon khas hanya untuk pelancong China di kawasan bunga sakura di Osaka.
Di Mesir, seorang pelancong China bertindak menconteng dinding artifak sejarah dengan tulisan ‘Din Jinhao was here’.
3. Menyeludup haiwan mati melalui lapangan terbang
Media Amerika Syarikat melaporkan seorang pelancong China cuba menyeludup masuk bungkusan ‘mayat burung kecil’ dengan mengisytiharkan kepada kastam bahawa bungkusan tersebut adalah ‘makanan kucing’ (sumber). Tambah memalukan adalah cubaan pelancong China itu membungkus mayat burung tersebut dengan bahasa Jepun supaya ia nampak dibeli dari Jepun.
4. Merosakkan alam sekitar dengan vandalisme
Batu karang adalah binatang, bukan tumbuhan. Adakah anda sanggup melakukan vandalisme di atas badan binatang, contohnya kucing? Tetapi bagi pelancong China yang melakukan vandalisme ini, semuanya boleh demi cintanya kepada ‘Miya’.
5. Tidak mahu memberi kerjasama kepada staf penerbangan
Dalam video ini, seorang pelancong China yang demam enggan meninggalkan pesawat dan enggan memakai topeng muka walaupun sudah muntah dalam pesawat. Mujur pelancong China tersebut tidak mencampakkan air panas ke muka pramugari.
Dalam kejadian terbaru di Johor Bharu, seorang pelancong China enggan memberi kerjasama untuk dikuarantin di Lapangan Terbang Senai berikutan penularan wabak coronavirus, 2019-nCov.
6. Membazir makanan di hotel
Kita semua pernah nampak perangai pelancong China ketika bufet sarapan di hotel. Mereka akan bertindak seperti sudah sebulan kebuluran. Hampir semua makanan dan minuman diambilnya. Dan yang paling sedih, hampir semuanya tak habis dimakan.
7. Membuang lampin wanita dalam cerek hotel
Perangai pelancong China yang pelik-pelik tidak hanya berlaku di luar negara. Ia juga berlaku di dalam negara mereka sendiri. Dalam satu insiden di sebuah hotel di Nanning, staf hotel menjumpai lampin wanita dibuang dalam sebuah cerek yang disediakan di sebuah bilik. Jika anda ingat ini kejadian asing, tunggu dulu. Sebelum ini hotel yang sama juga melaporkan kejadian stokin dibuang dalam cerek (sumber).
8. Bercakap terlalu kuat di tempat awam
Satu ciri yang membuatkan pelancong China mudah untuk dikenalpasti adalah kecenderungan mereka untuk bercakap terlalu kuat di tempat awam. Switzerland adalah negara pertama di Eropah yang menangani isu ini dengan memperkenalkan coach khas untuk pelancong China. Di sini mereka boleh bercakap sekuat hati mereka (sumber).
9. Menjadi mimpi ngeri pemilik Air BnB
Jika di tempat awam pun, mereka tiada kesedaran untuk menjaga kebersihan. Apatah lagi di tempat penginapan. Ramai pemilik kediaman yang menyewakan tempat mereka melalui Air BnB mengaku pelancong China memberi mereka sakit kepala setiap kali selepas check out (sumber).
Dalam gambar di atas, seorang pemilik Air BnB terkejut melihat sampah yang ditinggalkan oleh pelancong China di kediamannya – sehingga meninggalkan bau busuk.
10. Tidak pandai beratur
Jenis tak penyabar, tiada common sense, tiada adab – itu bukan aduan rakyat Malaysia sahaja terhadap pelancong China. Ia aduan semua orang yang pernah berhadapan dengan pelancong China; seperti yang dihadapi oleh selebriti Thailand ini di Lapangan Terbang Incheon. Walaupun disuruh beratur, pelancong China tetap memotong barisan.
Kerajaan China senarai hitam pelancong tiada adab
Menyedari masyarakat antarabangsa sudah mula mengaitkan pelancong China dengan adab yang buruk, kerajaan China bertindak dengan menyenarai hitam nama pelancong yang memalukan negara. Apabila nama anda disenarai hitam, anda tidak akan dibenarkan untuk melancong dan berurusan dengan bank.
Perkara ini diharapkan dapat membendung perangai pelancong China yang tak beradab ketika berada di negara orang seperti yang dikompilasikan dalam artikel ini.