Mulai Mei 2021, Telegram akan menambah satu ciri penting terhadap aplikasi tersebut, iaitu panggilan video berkumpulan. Tidak seperti aplikasi lain, Telegram sebenarnya agak terlewat bagi menyediakan ciri tersebut. Tidak seperti Whatsapp, panggilan video antara dua pengguna Telegram juga hanya hadir pada tahun lalu.

Kelewatan ini adalah disebabkan oleh keengganan syarikat tersebut bagi berkompromi dengan keselamatan data pengguna semasa panggilan video secara berkumpulan berjalan. Telegram berusaha keras bagi menjadikan aplikasi mereka bebas daripada sebarang kebocoran data berbanding pesaingnya yang lain.

Biarpun kini bergelar 10 aplikasi paling popular di dunia, Telegram masih mengekalkan ciri asalnya iaitu memfokuskan kepada keselamatan privasi pengguna. Pada tahun ini terdapat sejumlah 500 juta pengguna di seluruh dunia yang menggunakan Telegram iaitu peningkatan sebanyak 150 peratus berbanding 2018. Telegram juga muncul sebagai aplikasi yang paling banyak dimuat turun di App Store dan Google Play pada Januari 2021, iaitu sebanyak 63 juta.

Sumber: