Jenama Le Creuset sudah lama terkenal dengan kualiti dan pilihan warnanya yang menawan. Periuk enameled cast iron (besi tuang) ini mula diperkenalkan pada tahun 1925 oleh Armand Desaegher dan Octave Aubecq di Fresnoy-le-Grand, Perancis.
Sehingga hari ini, kesemua periuk Le Creuset masih lagi dihasilkan di bengkel yang sama sejak 96 tahun lalu. Periuk ini dianggap sebagai status kemewahan bagi kaum wanita. Namun begitu, ada juga yang membeli periuk ini kerana ketahanan dan kualitinya. Mana tidaknya, periuk iron cast Le Creuset ini mempunyai jaminan seumur hidup.
Berikut merupakan fakta menarik tentang periuk ini dan mengapa kaum ibu sanggup membelinya pada harga yang mahal.
1. Setiap periuk adalah unik
Pembuatan setiap satu periuk memakan masa lebih kurang 120 jam. Setiap periuk ini diperbuat di dalam acuan tanah yang berasingan dengan periuk yang lain. Acuan unik tersebut hanya digunakan sekali sahaja dan dipecahkan setiap kali penggunaan.
Maka, ia menjadikan setiap periuk yang terhasil adalah sangat unik. Tidak ada periuk Le Creuset yang dihasilkan menggunakan acuan yang sama. Setiap periuk mempunyai rupa dan identiti yang tersendiri.
2. Periuk disembur enamel secara manual
Semburan enamel ataupun lapisan seakan-akan cat di periuk Le Creuset ini juga dihasilkan secara manual. Semasa disembur dengan enamel, periuk akan diletakkan di atas platform yang berputar.
Ia menghasilkan seakan-akan tanda di bibir periuk. Ciri ini menambahkan lagi keunikan setiap periuk dimana tidak akan ada dua periuk yang sama.
3. Menggunakan tiga lapis enamel
Bukan satu, tetapi tiga lapisan enamel berkualiti tinggi digunakan untuk menghasilkan setiap periuk cast iron Le Creuset yang terkenal sebagai antara yang paling tahan lasak di dunia. Pertama, lapisan enamel asas (base coat) yang lutsinar (clear) akan dikenakan. Kemudian, lapisan enamel warna menarik Le Creuset yang menjadi kegilaan ramai.
Selain itu juga, setiap satu daripada periuk Le Creuset menggunakan tiga lapisan enamel berkualiti tinggi. Lapisan pertama adalah enamel asas yang dipanggil sebagai base coat berwarna lutsinar. Enamel dengan warna yang dilihat pada periuk tersebut merupakan lapisan kedua. Lapisan enamel terakhir pula memberikan permukaan yang licin dan mudah untuk dicuci.
Warna jingga (volcanic orange) yang sinonim dengan jenama ini sebenarnya diilhamkan daripada warna besi yang telah dileburkan yang digunakan untuk membuat setiap periuk. Jingga merupakan warna pertama yang dihasilkan Le Creuset pada tahun 1925. Ia menjadi warna yang sangat sinonim dengan jenama ini.
4. Memiliki built in lid stabilizer
Tidak seperti periuk biasa, periuk Le Creuset memiliki built in lid stabilizer yang tersendiri. Ciri ini terletak di tiga penjuru sekeliling bibir penutup periuk. Dengan mata kasar, ia boleh dilihat sebagai bonjolan yang boleh dirasakan dengan tangan.
Ciri ini membolehkan stim dan tekanan keluar dari periuk secara optimum. Ia sekaligus memberikan hasil masakan yang terbaik menggunakan periuk ini.
5. Le Creuset pada hari ini
Selama 96 tahun kewujudan jenama ini, Le Creuset telah mengeluarkan lebih daripada 300 juta produk. Syarikat ini memiliki beberapa buah kilang di China, Thailand, England, Portugal dan Switzerland. Hanya periuk iron cast kekal dihasilkan di Perancis.
Setiap periuk dijual pada harga RM667 (USD160) hingga (RM2,379) USD570, bergantung pada saiz. Sebagai sebuah syarikat persendirian, Le Creuset tidak perlu mengumumkan jumlah jualan tahunan mereka. Namun pemiliknya, Paul van Zuydam menganggarkan jualan mereka mencecah RM3.13 bilion (USD750 juta) pada tahun ini.
Pandemik mempercepatkan lagi peningkatan jualan tersebut. Menurut Le Creuset, orang ramai kembali memasak di dapur mereka sendiri dan mahukan peralatan memasak yang terbaik.