Pandemik COVID-19 yang menular dengan begitu pantas memaksa banyak negara melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) termasuklah negara kita Malaysia.

Peka dengan keadaan masyarakat yang kini menghabiskan banyak masa duduk di rumah, terdapat beberapa syarikat dan organisasi menyediakan pelbagai perkhidmatan percuma antaranya HBO, iFlix dan banyak lagi.

Universiti Harvard juga tidak melepaskan peluang untuk menawarkan sehingga 63 kursus percuma yang boleh diakses secara atas talian. Tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat tanpa sebarang yuran dikenakan.

Tawaran kursus percuma oleh Universiti Harvard ini sangat menarik kerana kini anda boleh mengikuti proses pembelajaran yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi terkemuka dunia tanpa membayar yuran pengajian yang mahal.

Tambahan pula tiada sebarang syarat kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan.

Pihak Universiti Harvard juga akan memberikan sijil digital kepada mereka-mereka yang telah tamat mengikuti kursus sepenuhnya. Ini satu kelebihan buat anda boleh manfaatkan dalam perjalanan karier anda.

Kursus-kursus percuma online itu meliputi pelbagai bidang termasuklah Kesihatan dan Perubatan, Programming, Perniagaan, Ilmu Kemanusiaan dan Seni Reka.

Bergantung kepada kursus, setiap kelas online akan mengambil masa antara satu hingga 12 minggu. Anda juga boleh memilih tahap kesukaran kursus bergantung kepada kehendak yang anda mahu.

Jika anda berminat untuk menyertai, sila layari laman web https://online-learning.harvard.edu/catalog/free

Baca juga artikel menarik kami yang lain berkaitan wabak COVID-19:

Sumber: