Penat Tolong Jaga Ikan Arowana Anak, Bapa Goreng Buat Lauk

Seorang lelaki terpaksa pasrah selepas ikan arowana – spesis ikan paling mahal di dunia – yang dibelanya telah digoreng untuk dijadikan makanan tengah hari bapanya .

Lelaki Indonesia tersebut yang hanya dikenali dengan nama Bayu, turut dapat melihat bagaimana ikan belaannya dipotong dan disiang oleh bapanya melalui gambar yang ditangkap oleh adiknya pada 7 Jun lepas.

Menulis di Instagram, Bayu berkata beliau membayar kira-kira IDR800,000 (RM242.50) untuk membeli ikan arowana emas tersebut di pasar Jakarta tengah empat tahun lepas.

Beliau menganggarkan ikannya bernilai IDR2 juta (RM606.30) pada hari ini jika masih hidup.

View this post on Instagram

??‍♂️??‍♂️??‍♂️

A post shared by Bayu Oky A (@mas_bayu_oky) on

Apabila saiz ikan arowana yang dibelanya sudah menjadi terlalu besar untuk akuariumnya, Bayu memindahkan ikan belaannya ke tangki ikan di rumah ibu bapanya.

Tetapi Bayu berkata bapanya menjadi penat menjaga ikan arowana belaannya kerana dietnya yang leceh. Difahamkan ikan arowana yang juga ikan karnivor perlu sentiasa diberi makan udang dan cengkerik.

Petanda bapanya sudah mula letih menjaga arowana belaannya sudah dapat dikesan awal oleh Bayu. “Masa saya letak ikan saya di sana, ia tak dijaga dengan betul sampaikan matanya juling. Lepas saya hantar ke veterinar untuk membetulkan matanya, barulah matanya elok semula,” kata Bayu kepada media Indonesia.

“Tiba-tiba saya dapat berita yang bapa saya dah goreng pun ikan saya.”

Baka ikan arowana emas yang dibeli oleh Bayu ini unik kerana warnanya dan dianggap simbol kekayaan dan kemakmuran di China. Bagaimanapun sebelum status spesis ikan ini diangkat, ia sebenarnya pernah dianggap ikan ‘orang miskin’ oleh masyarakat Asia Tenggara.

Bagaimanapun popularitinya sebagai simbol kekayaan membuatkan semakin banyak arowana dibiak di ladang dan semakin pupus di luar.

Arowana diklasifikasikan sebagai spesis terancam dalam Senarai Merah International Union for the Conservation of Nature.

Sumber:

Bacaan Seterusnya