NASA Menjadualkan Semula Penerbangan Ingenuity Di Planet Marikh

NASA telah menjadualkan semula penerbangan helikopter dron yang dinamakan sebagai Ingenuity di Planet Marikh. Selepas beberapa kali ditangguhkan, tarikh dan masa terbaharu penerbangan tersebut adalah pada 19 April 2021, 3.30 A.M Eastern Time (19 April 2021, 3.30 P.M waktu Malaysia).

Ingenuity yang mempunyai berat 1.8kg tiba di Planet Marikh pada 18 Februari yang lalu bersama kapal angkasa Preseverence. Beberapa percubaan penerbangannya gagal akibat masalah perisian yang tidak dapat menukarkan mod pra-penerbangan kepada mod penerbangan penuh.

Penerbangan Ingenuity amat dinanti-nantikan sebagai langkah seterusnya terhadap eksplorasi manusia di Planet Marikh. Ini kerana kapal Preseverence hanya boleh bergerak dalam jarak yang amat terhad dan mampu mengumpul sampel di sekitar tapak pendaratannya sahaja.

Ingenuity mampu terbang setinggi 10 kaki, sebelum bergerak di udara selama 30 saat dan mengambil gambar di sekitar kawasan tersebut. Menurut NASA, Ingenuity mampu mengambil 30 keping gambar dalam masa satu saat. Sekiranya anda berminat untuk menyertai siaran secara langsung di saluran Youtube dan Facebook rasmi NASA Jet Propulsion Laboratory.

Bacaan Seterusnya