Sekurang-kurangnya hampir 10,000 orang pekerja profesional di United Kingdom telah didekati oleh akaun palsu di media sosial LinkedIn sejak lima tahun kebelakangan ini. Badan perisik UK, MI5 memberi amaran bahawa akaun-akaun palsu ini sedang membina jaringan di LinkedIn untuk mencuri data sensitif. Jaringan akaun-akaun palsu ini dibina pada skala besar.

Kerajaan UK telahpun memulakan kempen “Think Before You Link” bagi mengelakkan penjawat awam yang bertugas mengendalikan data sensitif membocorkan maklumat tersebut secara tidak sengaja di LinkedIn. Ini kerana, pengguna LinkedIn lebih yakin untuk menerima permohonan dari akaun yang sudah mempunyai jaringan dengan rakan sekerja mereka.

Biarpun kenyataan MI5 tidak merujuk kepada LinkedIn secara spesifik, namun LinkedIn dilaporkan mengalu-alukan kempen tersebut. Seramai 10,000 orang professional dalam kalangan penjawat awam telahpun didekati oleh sindiket ini dengan menawarkan peluang perniagaan dan juga tawaran perjalanan ke pelbagai destinasi di seluruh dunia.

Risiko ini semakin bertambah apabila pandemik memaksa pekerjaan dilakukan dari rumah. Apabila penjawat awam tidak berada di pejabat yang menjadikan mereka lebih terdedah kepada risiko kebocoran maklumat sulit secara tidak sedar kepada akaun palsu di LinkedIn.

Kempen oleh Kerajaan UK ini turut mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan New Zealand.

Sumber: