Marketing oleh Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Crocs memasuki fasa baharu.
Dan kali ini, KFC x Crocs bergabung untuk menghasilkan sandal yang bertemakan ayam goreng.
Kentuck Fried Crocs, mungkin itulah nama produk yang mereka hasilkan ini.
Bahagian atas sandal tersebut dilapik dengan gaya ayam goreng rangung KFC. Dan bahagian kakinya pula dengan tema bucket KFC yang signifikan.
Jika korang tertanya, memang ada ke ayam dua ketul tu dekat sandal. Jawapannya ya!
Spring 2020 pic.twitter.com/QPpRB2ze2h
— SAINT (@saint) February 13, 2020
Crocs mengesahkan ayam itu akan ada sekali dengan ada aroma KFC. Tapi anda diberikan amaran untuk tidak memakannya. Kerana itu hanya replika.
Jadi, kepada anda yang gilakan ayam goreng macam Upin dan Ipin, maka bolehlah membawa ayam goreng di kaki anda ke hulu ke hilir selepas ini.
Berdasarkan kenyatam rasmi, KFC Crocs dijual dengan harga $59.99 ataupun kira-kira RM245.
Anda boleh mula menempah di Crocs.com dan boleh juga customize sendiri rekaan kehendak anda semua – yang ini edisi terhad.
Lihat iklan promosi di sini:
https://youtu.be/GHkLo9_4oyQ