Sebelum ini, Intel hanya mendapat persaingan daripada TMSC dan AMD dalam kalangan pengeluar cip. Nampaknya kini Intel sedang menghadapi cabaran daripada pelbagai arah. Pada hari ini, NVIDIA dilaporkan mempunyai cip pemprosesan baharu yang sedang dibina bagi meningkatkan lagi tahap kecerdasan buatan serta mampu melaksanakan tugas komputer yang berprestasi tinggi.
Dinamakan sebagai Grace bersempena dengan nama Grace Hopper, ia dijangka akan memasuki pasaran sebagai komputer berprestasi tinggi pada tahun 2023. Kebiasaannya, syarikat pengeluar cip menggunakan teknologi sedia ada yang dikuasakan oleh Intel. Rekaan Grace juga menggunakan arm processor milik Nvidia sendiri.
Seperti yang kita sedia maklum, cip pemprosesan Nvidia sebelum ini iaitu A100 hadir bersama-sama dengan teknologi Intel Xeon. Sebelum ini, A100 dilihat sebagai bekerja di belakang tabir manakala Intel Xeon dilihat lebih terkehadapan. Namun cip pemprosesan Grace kali ini hadir dengan arm processor Neoverse bagi meningkatkan lagi kelajuannya.
Cip pemprosesan baharu ini akan membantu pengguna komputer dengan kecerdasan pintar untuk melaksanakan tugas yang lebih kompleks berbanding keupayaan cip yang sedia ada pada hari ini. Cip pemprosesan Grace ini dijangka menjadi batu loncatan kepada perkembangan kecerdasan pintar di dunia.