Kemudahan bayar zakat fitrah secara online sebenarnya telah pun dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu dan masih diteruskan pada tahun 2020.

Walau bagaimanapun, rasanya masih ramai lagi membuat kaedah bayaran secara langsung dengan amil yang telah dilantik secara sah.

Namun begitu, dalam situasi wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara pada tahun 2020 ini, kita disarankan agar membuat bayaran zakat fitrah secara online.

Ini bagi memastikan penjarakan sosial dapat dilakukan.

Untuk yang ingin membayar zakat secara online, anda boleh muat turun aplikasi MyEG, daftar terlebih dahulu kemudian pergi pada bahagian Zakat Fitrah.

(Sila klik untuk muat turun) Aplikasi MyEG untuk Android
(Sila klik untuk muat turun) Aplikasi MyEG untuk iPhone

Seterusnya, ikuti langkah-langkah di bawah:

Time needed: 5 minutes

Cara membayar zakat fitrah secara atas talian menggunakan aplikasi MyEG

  1. Pilih ‘Zakat Fitrah’

  2. Pilih negeri tempat anda mencari rezeki

    Setakat ini cuma ada enam negeri sahaja dalam aplikasi MyEG.

  3. Buat tetapan tahun dan kategori beras yang dimakan

  4. Lafaz niat dan buat pembayaran

Mudah sahaja, bukan?

Jika rumah anda terletak di negeri-negeri yang tak tersenarai dalam aplikasi MyEG di atas, anda boleh bayar secara online di pautan berikut:

NegeriPautan
Perlis(Sila klik) MAIPs
Perak(Sila klik) MAIPk
Pulau Pinang(Sila klik) Zakat Penang
Melaka(Sila klik) Zakat Melaka
Johor(Sila klik) MAIJ
Pahang(Sila klik) MUIP
Kelantan(Sila klik) MAIK
Terengganu(Sila klik) MAIDAM

Baca juga artikel kami lain yang berkaitan:

Sumber: